Kerjaya Edmund Santhara Kumar Ramanaidu

Santhara menyertai Masterskill pada Oktober 2004 sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan, iaitu syarikat yanng menugaskan beliau untuk meningkatkan peluang pertumbuhan syarikat. Pada bulan Januari 2005, beliau dilantik sebagai ketua pegawai operasi, yang bertanggungjawab ke atas pengurusan keseluruhan. Pada bulan September tahun yang sama, Santhara dinaikkan pangkat ke ketua pegawai eksekutif. Menurut laman web kumpulan itu, Masterskill adalah kumpulan pendidikan sains kejururawatan dan bersekutu terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di rantau Asia Pasifik.[4]